Jika produk tidak dikenali, cuba langkah berikut.

Semak kuasa produk.

Pastikan produk dihidupkan.
Pastikan kord kuasa dipalamkan dengan kukuh ke dalam saluran keluar elektrik.
Pastikan saluran keluar dihidupkan.

Jika produk dimatikan :

Hidupkan produk, kemudian klik [Kembali].

Jika produk dihidupkan tetapi tidak dikenali :

Teruskan ke langkah seterusnya.

Semak sambungan antara produk dan komputer anda.

Pastikan kabel USB disambungkan dengan kukuh ke produk dan ke komputer anda serta semak bahawa kabel USB tidak rosak atau terpiuh dengan teruk.
Jika anda sedang menyambungkan produk ke komputer anda melalui hab USB, sambungkan produk ke hab tingkat pertama dari komputer anda. Jika pemacu produk masih tidak dikenali pada komputer anda, cuba sambungkan terus produk ke komputer anda tanpa hab USB.
Jika anda sedang menyambungkan produk ke komputer anda melalui hab USB, pastikan peranti hab USB dikenali oleh komputer anda.

Klik [Kembali] apabila anda menyemak sambungan antara produk dan komputer anda.